Belajar Bahasa Arab



Koleksi Peribahasa Arab Belajar Arab Melalui Papantanda Bait-Bait Syair Lagu Arab Klasik Menghayati Qasidah Burdah MP3 Belajar Arab sambil Ketawa E-Learning Bahasa Arab
Belajar Arab Sambil Ketawa Belajar Arab Sambil Ketawa Siri Arab untuk anak-anak kita Bahasa Arab Melalui Quran Mahir Arab Inggeris & Melayu Petunjuk Ilmu Nahu Senarai Pengedar buku di atas
wanrusli.net di Facebook
Terjemahan Professional Ceramah Jemputan Membina Laman Web
Hubungi Kami

 

Bahan belajar bahasa Arab atau kursus bahasa Arab online di web in disediakan secara percuma sahaja. Berikan sokongan anda dengan cara menderma atau membeli buku-buku belajar Arab dan produk yang dijual di sini. Sokongan anda amatlah dihargai.

Produk Belajar Arab di wanrusli.net

  • BELAJAR BAHASA ARAB SAMBIL KETAWA
  • belajar bahasa Arab melalui lawak jenaka terpilih.
  • mengandungi 200 muka termasuk ilustrasi karton.
  • disertakan CD Audio membantu sebutan.
  • Setiap perkataan diterjemah ke bahasa Melayu.
  • pengarang : Wan Rusli
  • harga :RM 22.00

 

  • BELAJAR BAHASA ARAB SAMBIL SENYUM
  • Memperkasakan pengusaan perbendahaaran kata (vocub) melalui koleksi kata-kata hikmah, teka-teki Arab dan gambar-gambar.
  • Sesuai untuk yang baru ingin belajar dan peringkat pertengahan.
  • Mengandungi 189 muka.
  • Pengarang : Wan Rusli
  • Harga : RM 17

 

  • PETUNJUK MUDAH ILMU NAHU : MATAN AL AJURRUMIYYAH
  • Matan al ajurrumiyyah ialah kitab kuning yang biasa dipelajari di pondok sejak zaman berzaman.
  • Penterjemahan menyertakan keterangan setiap matan dengan jelas .
  • Penterjemah : Ust. Mohd Fahmi
  • Buku ini bagus untuk mengetahui selok belok nahu Arab.
  • Harga : RM 17

 

  • PENGAJARAN BAHASA ARAB MENERUSI QURAN
  • mengandungi 763 muka.
  • perbualan harian dan penggunaan perkataan terpilih dari Al Quran.
  • mempunyai keterangan nahu yang agak lengkap.
  • setiap perkataan di terjemahkan.
  • karangan : Prof. Madya. Puan Seri Sohair.
  • harga : RM59.00

 

Cara Bayaran

Cara mendapatkan buku ini

Buku ini boleh didapati terus dari di kedai-kedai buku yang tersenarai DI SINI . Dan jika stok sudah kehabisan, sila terus berhubung dengan penerbit seperti alamat di bawah ;

PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD
No.54,Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-6184 2641
Fax : 03-6184 2671
H/P : 012-3883545 / 019-2222764

BELAJAR BAHASA ARAB TERUS DARI SURAH AL BAQARAH
Mempelajari bahasa Arab secara terus menggunakan teks surah ini mampu membantu anda memahami surah-surah lain dalam al Quran. Ikuti pelajaran di ruangan ini yang dikemaskini secara berkala. Komen & teguran sila tulis ke wanrusli.net@gmail.com

Makluman
08 Jan 2012 oleh wanrusli
Ayat 005


أولئك (itu)

Perkara ini dikira jamak kepada ذلك. Ramai yang salah terjemah perkataan dengan makna 'mereka'. Cukup dengan makna 'itu' atau disebut dalam bahasa Inggeris 'those'.

هدى (petunjuk)

Kata nama (مصدر) yang lahir daripada perbuatan هدى - يهدي yang bermaksud 'memberi petunjuk'.

رب (tuhan)
Iaitu tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi rezeki.Tuhan disembah pula disebut إله. Semua perkataan ini merujuk kepada Allah.

المفلحون (orang-orang berjaya)

Kata nama empunya perbuatan اسم الفاعل ini berasal daripada perbuatan أَفْلَحَ - يُفْلِح iaitu bermakna 'berjaya'. Kata terbitannya ialah الفَلَاح bermakna 'kejayaan'. Sering kita dengar dalam azan : حي على الفلاح
08 Aug 2011 oleh wanrusli
Ayat 004


وَالَّذِيْن dan orang-orang yang
Asal الذي dan jamaknya الذين bermakna 'yang'. Tapi untuk merujuk kepada orang diterjemahkan 'orang yang'.

يؤمنون beriman
-telah diterangkan sebelum ini-

بما dengan apa yang
ب ialah kata sendi yang memberi makna 'dengan'. Dan ما pula bermakna 'apa yang'. Perkataan ما mempunyai beberapa makna bergantung kepada ayat. Nanti kita terangkan bila sampai masanya. ما di dalam ayat ini sama dengan perkataan الذي yang kita jumpa sebelum ini. Ia termasuk dalam kategori اسم موصول.

َأُنْزِل
Berasal daripada perbuataan ُأَنْزَلَ-يُنْزِل bermakna 'menurunkan'. Dalam ayat perkataan َأَنْزَل dalam bentuk pasif atau مجهول. Kalau َأَنْزَل bermakna 'menurunkan', jadi َأُنْزِل bermakna 'diturunkan'. Tidak disebut secara langsung pelakunya. Perhatikan perubahan pada baris bila perbuatan ini dipasifkan.

وما dan apa yang
Sama dengan ما yang bersambung dengan بما di atas tadi

من قبلك daripada sebelum awak
قبل dalam bahasa arab memberi makna 'sebelum'. Boleh merujuk kepada masa dan boleh juga kepada masa ' sebelum'. Jadi kalau sudah didahului من maka biasa ia terus merujuk kepada 'masa sebelum'. Samalah halnya dengan بعد yang bermakna 'selepas'.

الآخرة yang akhir

Yang akhir disini adalah merujuk kepada اليوم الآخر iaitu hari paling akhir, iaitu apa yang kita sebut hari akhirat.

يوقنون mereka yakin

Berasal daripada perkataan ُأَيٍقَنَ - يُوْقِن dari dari sini keluarnya perkataan يقين
-bersambung-
26 Jul 2011 oleh wanrusli
Ayat 003


PECAHAN PERKATAAN KETERANGAN NAHU

اَلَّذِيْن orang-orang yang

Perkataan ini dalam nahu dikenali sebagai اسم موصول iatu kata pengubung bermakna 'yang'. Kalau untuk manusia 'orang yang'.

يؤمنون beriman

Perbuatan yang berasal daripada asalnya آمَنَ - يُؤْمِن . Dan oleh kerana الذين yang merujuk kepada المتقين dalam ayat sebelumya dalam bentuk 'jamak', maka يؤمن ini di tambah ون di akhirnya bagi menyesuaikan dengan 'jamak' tadi.

بالغيب dengan ghaib

Perkataan الغيب ini berasal daripada perbuatan غاب - يغيب yang bermakna 'menghilang atau tidak nampak pada pandangan'. Dan غيب ini adalah kata terbitannya. Kalau hendak diterjemahan secara terus ia akan bermakna 'ketidak nampakkan'. Syurga dan neraka termasuk dalam kategori الغيب kerana tidak dapat dilihat oleh kita hari ini. Hutan di dalam bahasa Arab ialah غابة yang juga berasal daripada غيب ini, kerana bila kita berada di dalam kita sukar dilihat.


يقيمون menegakkan

Perbuatan yang berasal daripada أقام - يقيم ini digunakan dalam al Quran bagi mendirikan solat. Kata terbitan bagi perkataan ini ialah إقامة yang selalu disebut selepas azan dan sebelum solat ditunaikan.

الصلاة solat

Asal usul perkataan الصلاة ialah daripada صلى - يصلي yang bermakna 'doa'. Sebab itulah berdoa untuk nabi dikenali sebagai الصلاة على النبي. Oleh kerana bacaan dalam sembahyang itu kebanyakkannya adalah doa-doa, maka perbuatan tersebut dikenali الصلاة.

مما daripada apa yang

Gabungan antara من (daripada) dan ما (apa yang) membentuk مما. Dan perkataan ما mempunyai beberapa makna dan kegunaan. Antaranya ia boleh bermakna apa, apa yang,apa-apa saja dan juga 'tidak'. Nanti bila kita berjumpa dengan ما kita akan terang lebih lagi. Insya Allah.

زرقنا kami telah beri rezeki

Daripada perkataan ُرَزَقَ - يَرْزُق perbuatan yang lepas dan نا adalah kami. Rezeki perkataan Arab زِرْق ialah pemberian tuhan yang berbentuk harta atau makan minum.


ينفقون mereka membelanjakan
Mudhari' bagi perkataan ُأَنْفَقَ - يُنْفِق. Anehnya daripada perkataan ini lahirnya perkataan نَفَق yang bermakna 'terowong' atau 'lubang'. Jadi, membelanjakan harta seseolah menebuk sedikit lubang pada harta untuk diberikan kepada orang atau kepada jalan Allah.
11 Jul 2011 oleh wanrusli
Ayat 002


PECAHAN PERKATAAN

ذلك (itu) :
اسم إشارة yang digunakan untuk menunjuk kepada sesuatu yang jauh. Untuk dekat digunakan هذا. "Itu" di sini merujuk kepada quran itu sendiri. Kenapa tidak digunakan هذا sahaja yang bermakna "ini"? Jawabnya : Kerana perkataan ذلك lebih melambangkan keagungan dan kebesaran berbanding هذا.

ُاَلكِتَاب (buku) :
buku di sini juga merujuk kepada al Quran ini juga. Al Kitab ialah sebahagian salah satu daripada nama al Quran.

لا ريب (tiada keraguan) :
لا ini dikenali sebagai لا نافية للجنس di mana perkataan selepas dibaca baris di atas ريبَ. Samalah macam kita kata لا إله إلا الله di mana إله berbaris di atas. ريبٌ ini berasal daripada perkataan راب - يريب - ريباً dan ia adalah kata terbitan atau مصدر.

فيه (di dalamnya) :
في bermaksud di dalam. Dan هِ adalah ganti nama bersambung bagi هو yang beerti 'dia'. هِ bermakna 'nya'.

هدى (panduan) :
ِberasal daripada هَدَى - يَهْدِيْ - هِدَايَةً /هُدًى iaitu menunjuk jalan. هدى adalah مصدر.

للمتقين (bagi orang-orang bertaqwa):
ل adalah حرف جر yang mengubah baris perkataan selepasnya. Asalnya المتقون dan oleh sebab ل ia berubah menjadi المتقين
12 Apr 2011 oleh wanrusli
Ayat 001


NOTA :

آلم adalah rangkaian huruf-huruf ا ل م yang belum diketahui dengan pasti rahsianya. Kebanyakan ahli tafsir kata "الله أعلم بمراده". Hanya Allah lebih tahu maksudnya. Bagi setengah ahli bahasa mengaidaikan kewujudan huruf-huruf ini adalah bukti bahawa al Quran ini bukan ciptaan Muhammad s.a.w. Kerana baginda seorang yang buta huruf. Biasanya orang buta huruf tidak tahu menahu pasal huruf-huruf begini. Wallahu 'alam.
12 Apr 2011 oleh wanrusli
Content Management Powered by UTF-8 CuteNews

 

 

drupal analytics