|
Buku ini disusun khas bagi mengajar kosakata (vocabulary) Bahasa Arab secara santai dan bersahaja. Ia mengandungi 150 mukasurat tidak termasuk helaian yang mengandungi lebih 40 lukiran kartun bagi menyokong teks. Buku ini juga mengandungi lebih 100 buah lawak jenaka Arab yang disesuaikan bahasanya untuk pembelajaran bahasa Arab bagi peringkat permulaan. Pembaca diberi panduan penuh dalam menggunakan buku ini dari muka pertama sehingga muka terakhir. Cara sebutan satu-satu perkataan dan keterangan ringkas struktur nahu juga diberikan tanpa membebankan pembaca. Pembaca juga dibekalkan dengan CD suara perbualan yang berlaku beserta dengan kesan bunyi khas. |
|
Setelah menamatkan buku ini, pembaca akan dapat menguasai lebih kurang 800 perkataan tidak termasuk yang berulang. Semua perkataan yang tersebut dianggap perkataan asas bahasa Arab. Anda pasti akan tersenyum sendirian atau ketawa terbahak-bahak membaca setiap jenaka yang dipaparkan sebagai teks. Tanpa disedari anda sebenarnya mempelajari banyak perkara tentang bahasa Arab ini. |
|
CD Audio yang disertakan bersama buku ini membantu pembaca menyebut dengan betul setiap perkataan Arab yang dipelajari. Sila tekan di sini untuk dengar. |
|
|
Klik pada gambar untuk besarkan karton. Harga buku : RM 22
Cara mendapatkan buku ini Buku ini boleh didapati terus dari di kedai-kedai buku yang tersenarai DI SINI . Dan jika stok sudah kehabisan, sila terus berhubung dengan penerbit seperti alamat di bawah ; PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD |
|