| Pengenalan Burdah | ||||||||||||||||||
Ramai yang mempelajari bahasa Arab sekadar mengetahui nahu dan sorof sahaja. Jadi bagi mereka bahasa Arab agar sukar dan kadang-kadang membosankan. Ramai yang terlepas pandang tentang 'isi' sebenar bahasa Arab ini. Isi sebenar bahasa Arab ialah pada kesenian bahasa ini. Tuhan memilih bahasa Arab sebagai wadah wahyu-Nya yang penghabisan kerana bahasa ini mampu menyelami intisari wahyu itu. Al Quran mempunyai kesenian bahasa yang tinggi. Selain al Quran, keindahan dan kesenian bahasa juga terdapat dalam syair. Qasidah Burdah ialah syair agung memuji Nabi Muhammad saw karangan penyair Mesir bernama al Busiri sekitar tahun 1260 masihi. Syair ini menjadi hafalan dan nyanyian ramai sejak 700 tahun dahulu sehingga hari ini. Qasidah ini terdapat dalam kitab berzanji "maulid sharafil anam" yang dibaca oleh orang Melayu semasa maulidur rasul. Tetapi sayangnya, mereka hanya bertumpu kepada bab berzanji sahaja.
Qasidah Burdah amat terkenal dengan pelbagai irama yang dinyanyikan oleh segenap lapisan masyarakat Islam bukan sahaja kerana kandungannya yang dipenuhi dengan pujian terhadap Rasullulah SAW, tetapi juga kerana faktor rentak dan alunannya yang mudah dinyanyikan. Lafaz –lafaz yang bertepatan dan perkataan yang mudah yang diungkapkan oleh Busiri menambahkan lagi keistimewaan qasidah ini. Penyanyi-penyanyi di Andalus dan Maghrib menjadikan alunan nyanyian Burdah sebagai sebahagian daripada warisan yang mereka pertahankan sehingga ke hari ini. Menurut Said Al Ahrash, pada kurun kelapan dan sembilan hijrah, sebanyak 18 irama Burdah telah dicipta dan didendang sempena majlis tertentu terutamanya ketika menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Qasidah Burdah mengandungi banyak unsur-unsur sufi dan kerohanian. Al Golongan sufi mendapati kandungan qasidah itu sangat bertepatan dengan jiwa dan kehendak naluri mereka. Di sini, saya senaraikan beberapa alunan merdu Burdah dalam beberapa rentak untuk anda nikmati. Sila download dan dengar.
Untuk membaca dan melihat teks penuh qasidah, tekan di sini. Di Youtube, beratus bahkan beribu alunan Burdah berkumandang. Di bawah ini saya pautkan anda dengan beberapa video nyanyi Burdah. Kebanyakkan penyanyi hanya memilih beberapa rangkap sahaja. [ Alunan merdu bait permulaan Burdah oleh sekumpulan nasyid wanita ]
[ Majlis bacaan Burdah di kebanyakan negara Arab dan Indonesia]
[ Alunan Burdah oleh Aydah al Ayyubi ] |