|
||
| Rangkap 010
![]() عدتك ('dat-ka) : menjangkiti engkau حالي (hali) : keadaan aku لا (la) : tidaklah سري (sirri) : rahsiaku ب (bi) : - مستتر (mustatir) : tersembunyi عن ('an) : daripada الوشاة (al-wushah) : orang-orang yang suka buat cerita و لا (wa la) : dan tidaklah دائي (da'i) : penyakitku ب (bi) : - منحسم (munhasim) : menjadi sembuh TERJEMAHAN BEBAS Biarkan keadaan aku ini menjangkiti diri engkau agar engkau tahu. Lagipun rahsia cinta aku ini tidak lagi terselindung kepada orang yang suka mengata dan membuat cerita. Tambahan lagi penyakit aku ini tidak juga sembuh-sembuh. HURAIAN Dalam bahasa arab, orang yang suka mereka dan membuat cerita digelar الواشي dan jamaknya ialah الوشاة. Biasanya orang seperti sentiasa ingin mengetahui cerita gossip orang ln untuk disebarkan. Jadi, perasaan cinta penyair kepada kekasihnya tidak terselindung daripada pembawa gossip tadi. Orang arab jug menganggap diri yang dilamun cinta umpama dijangkiti penyakit kerana ia menyebabkan si penderita cinta tidur terganggu dan kesihatan tidak terjaga. Perkara ini tidak dapat sirasakan melainkan orng pernah mengalaminya sendiri. Penyair berharap agar apa di alaminya dapat selami oleh rakannya. Perkataan منحسم (munhasin) amat jarang ditemui. Biasanya perkataan perkataan شفي (syufiya) yang bermaksud sembuh. Oleh kerana setiap rangkap diakhiri dengan huruf م maka penyair mendapatkan perkataan yang diakhiri dengan huruf tersebut walaupun terpaksa menggunakan perkataan yang jarang digunakan. Tarikh Pelajaran 20 Jun 2011 oleh wanrusli.net
Rangkap 009
![]() يا (yaa) : wahai لائمي (laimi) :pencelaku في (fii) : pada الهوى (al-hawa) : cinta العذري (al-uzriy) : suci معذرة (ma'zirah) : kemaafaan مني (minni) : daripadaku إليك (ilaika) : kepadamu ولو (wa-law) : dan jika أنصفت (ansofta): engkau berlaku adil لم (lam) : tidaklah تلم (talum) : engkau mencela TERJEMAHAN BEBAS Wahai orang yang mencelaku kerana cinta suciku ini, aku memaafkan engkau kerana jika engkau berlaku adil dan menginsafi, engkau tidak akan mencelaku. HURAIAN Setelah mengakui bahawa dia telah dilamun cinta, penyair mula menegur rakannya yang bertubi-tubi mencela perasaan cintanya itu. Cinta itu bagi penyair ialah cinta suci. Kalau rakannya itu menginsafi kesucian cinta itu, sudah pasti dia tidak lagi mencelanya. Cinta suci yang dikenali dengan الهوى العذري (al hawa al-uzriy) ini adalah cinta yang tidak dicampur aduk dengan nafsu. Dalam kebudayaan Arab, cinta al uzriy ini berasal daripada keturunan Qabilah Bani Uzrah yang amat terkenal dengan perasaan cinta seperi ini di kalangan mereka. Dikatakan bahawa ramai keturunan ini mati kerana memendam cinta suci seperti ini. Majnun Laila yang bernama Qais dikatakan juga berasal daripada keturunan ini. Perkataan أنصف (anshofa) bermakna 'bersikap adil'. Dalam bahasa Melayu ada perkataan 'insaf'. Jadi, menginsafi sesuatu ialah cuba menyelami hakikatnya dan bersikap adil terhadapnya. ![]() Tarikh Pelajaran 16 Jun 2011 oleh wanrusli.net
Rangkap 008
![]() نعم (naam) : ya سرى (saro) : berjalan malam طيف (toif) : bayangan من (man) : orang yang أهوى (ahwa) : aku cintai ف (fa) : maka أرقني (arraqo-ni) : menyebabkan aku tidak dapat lelapkan mata و (wa) :dan الحب (al-hubb) : cinta يعترض (ya'taridh) : menjadi penghalang اللذات (al-lazzat) : keseronokan ب (bi) : dengan الألم (al-alam) : kesakitan TERJEMAHAN BEBAS Ya, memang benar. Bayangan orang aku cintai itu merayau di mlm hari menjengukku. Dia menyebabkan aku tidak dapat melelapkan mata. Dan memanglah cinta itu mengganggu keselesaan tidurku. HURAIAN Dalam bait ini, penyair mula mengakui apa yang menimpa dirinya. Benarlah sebenarnya dia dibelenggu cinta itu. Lantaran cinta itu dia gagal melelapkan matanya di malam hari. Kerana dia merasakan bayangan kekasihnya sentiasa datang menjenguknya saban malam. Ini telah membawa kesengsaraan kepadanya. Perkataan سرى (saro) ialah dikhaskan untuk berjalan malam. Sebab itu, perjalanan Nabi kita pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dikenali sebagai الإسراء (al-isra') yang berasal daripada perkataan ini. Begitulah jitunya bahasa Arab di mana satu perkataannya jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan menjadi berjela-jela. Satu lagi perkataan perkataan seumpama ini ialah أرق (araqa) yang bererti menyebabkan seseorang tidak dapat melelapkan mata. Tarikh Pelajaran 06 Jun 2011 oleh wanrusli.net
Rangkap 007
![]() و (wa) : dan أثبت (athbata) : mengekalkan الوجد (al-wajd) : cinta خطي (khattay) : dua garisan عبرة (abrah) : airmata و (wa) : dan ضنى (dhana) : kepenatan مثل (mithla) : seumpama البهار (al-bahar) : bunga mawar kuning على (ala) : atas خديك (khaday-ka) : dua belah pipimu و (wa) : dan العنم (al-'anam) : bunga mawar merah TERJEMAHAN BEBAS Dan penangan cinta yang kau alami telah meninggalkan dua alur yang berwarna pucat kekuningan dan kemerah-merahan pada dua belah pipimu, bagaikan warna mawar kuning dan mawar merah. HURAIAN Bahasa Arab adalah bahasa cinta yang amat indah. Perkataan cinta dalam bahasa ini diungkapkan dalam beberapa perkataan, iaitu; الحب (al-hubb) yang memberi erti secara umumnya الهوى (al-hawa) : juga bermakna cinta العذري (al-uzriy) : Perkataan العذري ini bila begabung dengan الحب atau الهوى ia akan bermakna cinta suci yang tidak didasar nafsu semata-mata. الوجد (al-wajd) : cinta yang bercampur kerinduan الصبابة (ash-shobabah) : juga bermaksud cinta. Orang yang mengalami cinta ini dipanggil الصب (ash-shobb), lihat rangkap 4. Jadi, dalam bait 7 ini, cinta الوجد ini telah menyebabkan penyair menderita. Bukti nyata kepada kewujudan cinta ini ialah bukti dua garisan alur pada pipi penyair yang berwarna kuning pucat dan kemerahan itu. Merah ialah alur air mata yang bercampur darah manakala kuning kesan penderitaan, berjaga malam dan kepenatan ضنى (dhana). ![]() Tarikh Pelajaran 06 Jun 2011 oleh wanrusli.net
Content Management Powered by UTF-8 CuteNews |
||